Thursday, March 19, 2009

MENDIDIK NAFSU

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau".

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau".

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku".

Pengajaran : Sebaik-baik kaedah mendidik nafsu adalah melalui puasa. Oleh yang demikian berpuasalah, moga terlerai godaan nafsu.

Wallahu A'lam

Monday, March 16, 2009

MINI BUDGET

1. TPM umum RM60 bilion Mini Budget. Banyaknya... kalau dilonggok duit tu depan mata tak terkira kita. Nak buat apa bebanyak tu?. Rangsang ekonomilah... bagi viagra kat "mat ekonomi" ni biar boleh jalan, berlari lebih laju, cepat... Tapi kena beringat... batu, tunggul, lopak kat depan tu kena juga dielak, bimbang-bimbang masuk gaung

2. Bila duit tu kita dapat puas... banyak benda boleh buat, buat itu... buat ini... ganti itu... ganti ini... kadang sampai lupa apa yang dirancang. Agaknya sapalah yang nak peringatkan kita balik? Duit tu, bukannya milik seorang, milik ramai... INGAT! semuanya kan ditanya, baik sekecil zarah, lebih lagi sebesar gajah.

Wallahu A'lam

DAKWAH ALAF BARU

1. Medium dakwah semakin banyak, banyaklah pulak cabaran dan dugaan yang mendatang. Dulu tak dengar banyak orang rakam aksi dalam telefon kemudian "send" melalui MMS. Dulu teknologi MMS belum ada, barangkali itu sebabnya. Sekarang semua ada... teknologi semakin canggih, "gadget" semakin banyak, nipis, pelbagai dan murah.

2. Para pendakwah kena kreatif juga nampaknya. Rakam adegan dakwah yang hebat-hebat, ganas-ganas, panas... kemudia "send"melalui MMS, publish di "You Tube"... banyak lagi rupanya para pendakwah kena buat. Buat blog cerita mengenai agama... mungkin salah satu caranya.

Wallahu A'lam

HIDUP SATU PERJUANGAN

1. Bila sebut perjuangan orng akan takut. Takutkan kematian, takutkan kehilangan, takutkan sendirian. Berjuang perlukan pengorbanan. Berkorban maknanya kehilangan. Kehilangan ertinya sendirian.

2. Sebut perjuangan jihad yang teragung. Jihad melawan musuh dan seteru. Jihad melawan hawa nafsu. Jihad mata, telingan, kaki, tangan, mulut dan seumpamanya. Jihad demi redha Ilahi.

Wallahu A'lam.

SALAM UKHUWWAH FILLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmat. Selawat jua salam kepada ar-Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW pembawa nur iman ke sekalian alam.

Salam ukhuwwah kepada pengunjung KEMBARA sekalian. Menyingkap tercetusnya idea melahirkan KEMBARA adalah bertitik tolak dari usaha sekumpulan sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Mafraq, Jordan.

KEMBARA sebagai wacana santai menyampaikan isu semasa, ilmiah dan bacaan ringan penuntut Universiti al-Bayt ambilan pertama. Wadah mengasah bakat penulisan yang diilhamkan anak-anak muda jurusan Syariah (Undang-undang), Usuluddin dan Bahasa Arab ini diterima baik sehingga mampu bertahan sekian lama.

KEMBARA dalam bentuk baru ini diharapkan dapat mengetengahkan isu-isu yang lebih kontemporari, disamping berkongsi idea dan maklumat semasa yang lebih bermanfaat. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab turunnya nusrah dan mencapai redha Ilahi.

Akhir kalam, moga apa yang di sampaikan memberi manfaat kepada kita bersama.

Amin Ya Rabbal Alamin.